* Anak jati SABAH
* Anak Bongsu dan tunggal lelaki dari 3 beradik
* 181 cm / 65 kg
* 24 Tahun
* Lahir bulan Julai, 1990
* Pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian), Kejuruteraan Sivil, Universiti Malaysia Sarawak
* Graduan Diploma Kejuruteraan Awam, Politeknik Kota Kinabalu (2010-2011)
* Graduan Sijil Kejuruteraan Awam, Politeknik Kota Kinabalu, (2008-2010)

Tuesday, December 31, 2013

:: SELAMAT TAHUN BARU ::

Tinggal beberapa jam lagi tahun 2013 akan meninggalkan kita... Macam baru ja kaki B.E.E.K menginjak ke usia 23 tup tup tup esok dah masuk 24... Waaa... Tu la yang pasti... Umur semakin meningkat... Umur korang dah masuk berapa?... Kalau sama dengan B.E.E.K kita kawan... Hehehe...

Untuk tahun yang kedua B.E.E.K menyambutnya dengan buku... Mana tidaknya... Musim Exam kat Universiti dah bermula.. Rasanya semua Universiti sekarang dah start Exam... Hari ni B.E.E.K xda paper so duduk library study katanya... Yang sedihnya xda bawa buku yang sepatutnya nak dibelajar... Kau ada?!... Hahaha... Terpaksalah curi masa sedikit untuk update entry kan...

Yang pastinya kalau dah masuk tahun baru ni mesti orang asyik nak buat azam la, kenang kembali apa yang di lalui la... So B.E.E.K tulis entry ni pun nak buat dua2 sebenanrnya... Malas pulak nak buat banyak2 entry kan... Nanti korang malas pulak nak baca... So, masukkan terus sekali kat dalam ni ja la...

Untuk tahun ni ntah kenapa B.E.E.K rasa macam tahun yang agak kureng bagi B.E.E.K... Kalau kita masak macam ada yang xcukup bahan ja... Samada kita lupa atau tak... Begitulah... Tapi dalam diri ni, ntahlah sejak 5-6 bulan yang lepas laa B.E.E.K rasa macam ada yang xkena... Setiap minggu ada ja ada problem... Tapi Semua tu di lalui dengan sabar dan ya... B.E.E.K mampu melaluinya... Dengan sokongan dari orang2 sekeliling berjaya jugak... Alhamdulillah... Terima kasih atas sokongan korang semua ya... Hanya yang diAtas saja yang mampu membalas semua kebaikan korang...

Azam tahun baru?... Hurmm... Apa erk?... Dalam fikiran macam2 dah letak... Tapi kata orang letak ja la... Mana yang dapat dilakukan, lakukan sehabis baik... Mana yang xsempat tu bawa tahun akan datang... Masalahnya, B.E.E.K punya azam yang lepas2 pun banyak lagi yang berbaris minta dilaksanakan... hahaha.... Tapi bukan bermakna B.E.E.K malas nak capaikan cuma ia mengambil masa... Takkanla kita impikan terus dapatkan... Mesti banyak yang kena lalui... Apapun azam baru tu dah ada cuma xperlu la heboh2 kan mana yang kita "kompiden" untuk capai haaa... Baru lah cakap... InShaaAllah...

So, Korang semua.. Selamat Tahun Baru... Semoga di tahun baru ni azam2 korang yang diAZAMkan itu tercapai... Mohon maaf jugak kalau ada apa2 kesalahan yang pernah dilakukan selama ni... Bukannya apa, kita ni kalau dah buat satu benda kekadang xsampai ingat dunia... Main buat ja... kann... Hehe... K la byee...

No comments:

Post a Comment